Translate

Ahad, 21 Julai 2013

100 resepi kuih muih di Malaysia- APAM BALIK

3. APAM BALIK
Bahanbahan
:
Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir

Cara :
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api
kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan
separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.

Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan